Thursday 26 April 2012

BAUCER BUKU 1MALAYSIA – SATU MANIFESTASI KERAJAAN KEPADA GOLONGAN PELAJAR


Melalui pembentangan Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Oktober tahun lalu, sekali lagi Kerajaan memberi pengiktirafan kepada golongan para pelajar. Pemberian subsidi bantuan buku bacaan yang diperkenalkan sebagai Bantuan Buku 1 Malaysia ( BB1M ) yang mana bantuan ini meliputi kepada pelajar peringkat pra Universiti dan mahasiswa pelbagai peringkat di IPTA/IPTS.

Skim bantuan yang bersifat one off bernilai RM 200.00 setiap pelajar dan julung julung kali diperkenalkan melalui bajet ini, dilihat mampu sedikit sebanyak meringankan beban para pelajar dalam membeli buku buku bacaan bersifat ilmiah. Bantuan ini juga merupakan satu lagi langkah kerajaan dalam membentuk transformasi kearah yang lebih baik daripada suasana sebelumnya.

Hampir melebihi 1.3 juta pelajar mendapat manfaat besar daripada pemberian baucer buku ini yang melibatkan perbelanjaan hampir RM 300 juta. Amaun yang sebegini besar memperlihatkan betapa seriusnya kerajaan dalam membina modal insan yang berkualiti sebagai tenaga mahir dalam sektor pembangunan negara menuju negara maju menjelang tahun 20202. BB1M yang pada asalnya sah sehingga 31 Mac 2012 telah dipanjangkan tarikh luput baucer berkenaan sehingga 30 April 2012 bagi memberi peluang kepada ramai lagi pelajar terutama bagi sesi pengajian yang baru bermula untuk menikmati kemudahan tersebut. Baucer buku yang berkenaan boleh ditebus di mana – mana kedai buku terpilih yang turut mengambil bahagian. Baucer adalah khas untuk pembelian buku – buku serta peralatan pembelajaran dan ianya tidak boleh ditunaikan kepada bentuk wang tunai.

Rata – rata ibu bapa dan golongan pelajar yang ditemui menyatakan syukur dan berterima kasih kepada kebijaksanaan pimpinan sedia ada terutama Perdana Menteri yang prihatin dan komitmen dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup hari ini.

Dari tinjauan yang dibuat, para pelajar sangat berterima kasih dan bersyukur di atas keprihatinan kerajaan dalam memperjuangkan nasib mereka. Dewasa ini, kos sara hidup dan pembelian buku – buku rujukan yang tinggi, sangat membebankan dalam kehidupan seseorang siswa.

Pemberian baucer ini juga dilihat dari sudut menarik perhatian golongan muda dan terpelajar untuk lebih menilai keiklasan kerajaan. Diharap program ini dapat mendekatkan golongan tersebut kepada kerajaan memerintah kerana nilai dan semangat mereka perlu dipupuk dari awal lagi sebagai generasi pemimpin di masa hadapan. Selaku modal insan dan aset negara, golongan pelajar ini perlu di didik untuk tidak terlibat dalam proses demonstrasi jalanan dan menetang kerajaan sebagaimana yang kerap berlaku di luar negara. Maka usaha ini diharap dapat dimanifestasikan oleh para pelajar agar berterima kasih kepada kerajaan dan menyokong segala usaha terbaik yang kerajaan lakukan dalam memacu Malaysia kearah negara maju yang berpendapatan tinggi.

Walau bagaimanapun, melalui tinjauan yang dibuat terdapat segelintir golongan pelajar yang menyalah gunakan pemberian baucer buku tersebut. Ada diantara mereka yang menjual dan mengiklankan baucer berkenaan dengan harga yang lebih murah dari nilai sebenar untuk mendapatkan tunai. Sikap ini amat mengecewakan kerajaan dan perlu dibendung. Dikhuatiri matlamat dan kesan yang diharapkan dengan pelaksanaan BB1M ini tidak akan menepati golongan sasar sekiranya situasi tersebut tidak ditangani.

Dalam beberapa kes, kedai kedai buku yang didapati bersedia untuk menukarkan nilai baucer dengan wang tunai telah pun dikesan dan diambil tindakan. Ada juga sesetengah pelajar yang lebih berani, sanggup mengiklankan penjualan tersebut melalui blog – blog terpilih, web – web penjualan seperti di Lelong.com dan Mudah.my tanpa memikirkan risiko sekiranya tertangkap menyalah gunakan bantuan kerajaan. 
 Kesimpulannya, usaha ini merupakan satu usaha yang terpuji daripada kerajaan dalam usaha merapatkan jurang pendidikan berkualiti untuk melahirkan masyarakat yang berilmu. Bantuan BB1M ini juga merupakan kesinambungan selepas usaha penyampaian sumbangan ‘notebook’ 1Malaysia yang telah dijalankan terdahulu oleh kerajaan kepada golongan pelajar tingkatan 5 dan 6. Usaha – usaha yang kerap dijalankan dalam membantu para pelajar ini, selain daripada membantu para pelajar dalam mendapatkan sumber rujukan terbaik untuk pembelajaran mereka, ia juga dapat meringakan beban kewangan bagi para ibu bapa yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka tempias dan lebihan pendapatan itu, dapatlah disalur dan digunakan oleh penjaga tersebut kepada lain – lain hal yang lebih mustahak. Ini merupakan kesan secara tidak langsung hasil daripada transformasi yang dijalankan oleh Kerajaan Pusat dalam memperbaiki kualiti hidup rakyat Malaysia.

1 comment:

  1. Casino Poker Tournaments
    Play and win 실시간 배팅 real 12bet money on the best casinos, with betmove casino tournaments and online poker games. Learn where to play 안전 사설 토토 사이트 in our casinos and 식보 win real ‎Featured Casino Games · ‎Promotions · ‎Game

    ReplyDelete