Thursday 26 April 2012

Pelancaran Jentera Pemuda dan Puteri Negeri Perak sempena PRU 13


Himpunan Ribuan Yang Hadir Bersama Para Pemimpin
Bila Pilihanraya Umum ( PRU ) ke 13, masih lagi menjadi tanda tanya dan dalam pertimbangan YAB Perdana Menteri. Sesi penggal pada kali inimasih lagi panjang dan hanya akan berakhir pada April 2013. Namun angin – angin mengatakan bahawa PRU akan dibuat dalam tahun ini semakin kuat kedengaran. Ditambah dengan pelbagai peruntukkan dan perbelanjaan yang dikeluarkan seperi Bantuan Rakyat 1Malaysia, Baucer Buku 1Malaysia dan sebagainya, dilihat sebagai titik tolak untuk memancing minat para pengundi kepada kelangsungan kuasa kerajaan sedia ada.

            Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri dengan kerjasama Puteri UMNO Negeri Perak telah melancarkan jentera pergerakkan masing – masing secara serentak pada 14 April 2012 di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh. Kehadiran ribuan golongan orang muda hampir melebihi 10, 000 orang menunjukkan betapa sokongan yang tidak berbelah bagi golongan muda kepada kerajaan Barisan Nasional boleh dijadikan sebagai indikator ukuran menyukat kekuatan dan sokongan saluran 3 dan 4 menjelang PRU nanti.

            Upacara pelancaran yang disempurnakan oleh Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussien Onn selaku Naib Presiden UMNO Pusat turut dihadiri oleh YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kebangsaan dan Dato’ Rosnah Shirlien selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kebangsaan.

            Dalam ucaptama Naib Presiden, beliau menyatakan keterujaan parti terhadap pimpinan Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Khairul Azwan, Ketua Pemuda UMNO Negeri yang sentiasa peka dan berusaha keras dalam memastikan sokongan golongan muda tidak berbelah bagi kepada Barisan Nasional dalam usaha memastikan kemantapan jentera dan mempertahankan Perak daripada jatuh ke tangan pihak pembangkang di dalam PRU yang akan datang. Sorakan para hadirin kuat kedengaran setiap kali Naib Presiden melaungkan kata – kata untuk membangkitkan semangat para pewakilan yang hadir.

Mohd. Amin Othman
Ribuan pengunjung yang memakai warna tema biru selaku warna Barisan Nasional, memperlihatkan keterujaan yang tinggi dan dalam keadaan bersiap siaga menantikan gendang PRU dipalu. Menurut Mohammad Amin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tg. Malim yang ditemui, beliau mengatakan bahawa sokongan golongan muda terutama di bahagian beliau di Tg. Malim telah menunjukkan momentum yang tinggi dan berada dalam situasi yang sangat baik. Mereka telah lama bersedia dengan segala kekuatan yang ada untuk memastikan para calon yang diletakkan di DUN dan Parlimen mereka untuk beroleh kemenangan. Menurut beliau lagi, golongan orang muda kini semakin yakin dengan pucuk pimpinan negara yang ada terutama dalam memastikan isu tapak rumah generasi kedua masyarakat Felda diambil pendekatan yang serius dan segera.

            Melihat kepada sambutan baik yang diterima, yang mana ia menghimpunkan semua perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO disetiap Bahagian di dalam negeri Perak, dapatlah disimpulkan bahawa jentera persiapan Pemuda dan Puteri Negeri Perak berada dalam keadaan yang cukup ampuh untuk menghadapi PRU akan datang. Kesan pemerintahan Pakatan rakyat selama 11 bulan tempoh hari merupakan intipati yang sering di uar – uarkan untuk meraih sokongan rakyat. UMNO Perak dilihat lebih menekankan kepada pendekatan golongan muda, kerana ia dipercayai sebagai undi penentu dalam memastikan kemenangan para calon pilihan Barisan Nasional. Ini kerana melalui post – mortem yang dijalankan didapati salah satu sebab berlakunya tsunami politik dalam landskap politik negara pada PRU ke 12 adalah kegagalan kerajaan mendekati dan merasa denyut nadi golongan muda.

            Secara mudahnya, dengan pelancaran ini dilihat UMNO Pusat mengiktiraf peranan yang akan dimainkan oleh golongan muda dalam menentukan corak pimpinan negara serta kemenangan para calon yang terpilih menjelang PRU yang akan di adakan bila – bila masa dari sekarang.

No comments:

Post a Comment