Tuesday 19 June 2012

Kekuatan dan Kelemahan Strategi Komunikasi Dalam Kempen Sosial


1.0       PENGENALAN
           
Strategi komunikasi yang berkesan merupakan asas ataupun perkara pokok yang perlu diberi perhatian yang menyeluruh agar proses pencerapan penerimaan khalayak sasaran dapat dicapai pada tahap paling optimum dan matlamat serta idea yang ingin diutarakan sampai ke dalam masyarakat. Sehubungan itu penggunaan medium, perkakasan dan kaedah pelaksanaan perlu selari dengan matlamat sesebuah kempen. Bagi memudahkan untuk membuat penilaian terhadap sesebuah keberkesanan strategi komunikasi yang berkesan, maka Kempen Keselamatan Jalan Raya akan digunakan sebagai sebuah barometer dalam membuat penilaian dan perbandingan.

            Melalui perangkaan yang dijalankan, sebanyak RM 9 bilion ringgit terpaksa dibelanjakan oleh pihak syarikat insurans untuk menanggung kos akibat daripada kemalangan jalan raya. Ini merupakan satu nilai yang sangat tinggi dan dapat dibayangkan betapa ramainya rakyat Malaysia yang terbabit dalam kemalangan jalan raya terutama menjelang musim musim perayaan. Statistik kemalangan jalan raya bagi penggal sesi Januari hingga November bagi tahun 2010 dan 2011 seperti di Lampiran A menceritakan betapa kadar kematian akibat kemalangan jalan raya meningkat sebanyak 0.2% daripada tahun yang sebelumnya. Dengan jumlah kematian seramai 6307 orang bagi tahun 2011, ia merupakan satu jumlah kehilangan jiwa yang sangat besar bagi sesebuah negara. Dimana silapnya sedangkan belbagai usaha dan kempen telah dilakukan dalam usaha menanggani permasalahan ini hingga meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar kematian tertinggi di mata dunia akibat daripada insiden kemalangan jalan raya.

            Maka, keberkesanan kempen perlu dilihat secara menyeluruh melalui strategi komunikasi berkesan yang dijalankan oleh pihak – pihak yang berwajip dalam usaha menanggani masalaha ini. Perlu dilihat dimana kekuatan kempen tersebut dan adakah berlaku ‘communication breakdown’ hingga menyebabkan usaha yang telah dijalankan sekian lama masih lagi belum memperlihatkan hasil yang optimum.

2.0       OBJEKTIF KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA
           
Objektif utama kepada kempen ini sudah semestinya memberi serta memupuk kesedaran masyarakat terhadap pengertian pemanduan berhemah bagi mengelakkan berlakunya kemalangan dijalan raya. Dalam erti kata lain, kerajaan berusaha untuk meminimumkan serendah mungkin kadar kemalangan yang dilihat meningkat secara berterusan. Dan objektif ini akan dicapai sekiranya matlamat dan dasar tersebut dapat disalurkan ke dalam masyarakat melalui medium yang berkesan.

Kempen ini selain cuba untuk mengurangkan kadar peratusan kemalangan, ia juga bersifat untuk mendidik para pengguna jalanraya dalam jangka masa panjang untuk lebih berhemah dan menyayangi jiwa. Pendidikan kepenggunaan adalah jauh lebih penting kepada para pengguna jalan raya dalam usaha  mencapai objektif sasaran.

            Maka di sinilah terlihatnya betapa peri penting Strategi Komunikasi yang bertepatan dan bersesuaian perlu digunakan dalam usaha mendapatkan hasil yang paling maksimum.


3.0       KAEDAH PELAKSANAAN

            Kertas kajian ini melihat kaedah pelaksanaan kempen melalui penelitian dan pembacaan serta statistik yang dikeluarkan oleh pihak – pihak yang berwajip untuk disesuaikan melalui prinsip strategi komunikasi yang berkesan agar hasil penemuan dapat dioptimumkan agar pelaksanaan dan penggunaan medium, visual serta objektif sasaran dapat dimaksimumkan. Maka dengan itu, sasaran kempen untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya dapat dicapai agar usaha kerajaan akan menampakkan hasil dan tidak sia sia.

            Oleh yang sedemikian, kaedah pelaksanaan kempen sedia ada akan diukur dari segi kekuatan dan kelemahan kempen yang sedang dijalankan agar setiap yang baik itu akan diteruskan dan pada sudut yang memperlihatkan kelemahan dapat dibuat penambah baikkan.

4.0       KHALAYAK SASARAN

Khalayak sasaran merupakan pengguna jalanraya dari pelbagai jenis kenderaan. Ini untuk memastikan pengguna jalanraya lebih berhemah dalam penggunaan seharian lebih – lebih lagi pada musim musim perayaan agar kadar kemalangan jalanraya yang melibatkan kehilangan jiwa dan kerosakan dapat dikurangkan ketahap paling minimum.

5.0       KEBERKESANAN PELAKSANAAN – KEKUATAN DAN KELEMAHAN
            Kajian dilakukan dengan melihat kekuatan dan kelemahan kempen dari sudut strategi komunikasi.

5.1       KEKUATAN
            Beberapa elemen dilihat menjadi kekuatan kepada kempen keselamatan jalan raya ini yang telah pun dilaksanakan oleh pihak yang berwajip. Perkara – perkara tersebut menepati konsep yang digunapakai dalam strategi komunikasi. Antara perkara yang dilihat bersesuaian adalah seperti peneranggan di bawah.

5.1.1    Kadar Saman Yang Tinggi

Tidak dapat perbaharui lesen dan cukai jalan. Sebagaimana yang dilakukan bagi pertengahan tahun 2010 hingga awal tahun 2011. Kesan sangat ketara. Pengguna jalan raya lebih berhemah semasa pemanduan. Melalui aspek strategi komunikasi, kadar sama yang tinggi ini secara tidak langsung menyatakan kepada para pengguna bahawa memandu laju atau merbahaya, akan dikompaun pada kadar yang akan merugikan pengguna. Maka, sebagai pengguna yang bijak dan tahap ekonomi yang merudum pada hari ini, maka pengguna akan lebih berhati – hati untuk mengelakkan dikenakan saman.

Secara jelasnya, inovasi ini dilihat sampai kepada pengetahuan masyarakat sebagai khalayak pengguna. Justeru itu, boleh dikatakan medium komunikasi yang digunakan adalah tepat serta bersesuaian.

5.1.2    Hebahan Melalui Media Massa dan Cetak

Menggunakan medium komunikasi asas agar capaian khalayak dapat dioptimumkan sebanyak mungkin agar saranan dan hasrat kerajaan tercapai. Maka dalam situasi ini, pihak kerajaan melalui kementerian – kementerian yang bersangkutan, telah mengunakan medium media massa dan media cetak dengan seoptimum mungkin agar capaian khalayak sasaran dapat disebar secara menyeluruh, efektif dan luas.

Dewasa ini boleh dikatakan semua pemilik kenderaan mendengar radio dan menonton televisyen. Malah kekerapan mereka untuk membaca akhbar juga tinggi. Menurut kajian yang dilakukan oleh Mines Event Management, Tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia telah meningkat sejak kebelakangan ini. Ia adalah atas usaha kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif dan kempen yang berkaitan dengan membaca. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa masih ada ruang untuk peningkatan. Menurut statistik, rakyat Malaysia membaca sebanyak 8 sehingga 12 buku setahun, sementara yang lain menyukai bahan bacaan ringan seperti majalah dan akhbar. Hasil kajian ini, jelas menunjukkan bahawa melalui penambahan bilangan minat membaca rakyat Malaysia, maka pendekatan melalui hebahan menerusi media cetak adalah tepat dalam usaha menyampaikan maklumat berkaitan dengan kempen keselamat jalan raya untuk perhatian dan tindakan semua khalayak pengguna.

Kempen ini merupakan satu bentuk nasihat kepada masyarakat. Maka nasihat perlu dilakukan dengan berulang – ulang dan sentiasa dekat kepada golongan sasaran. Maka pengulangan yang dilakukan melalui iklan dan hebahan sama ada dalam saluran media massa ataupun media cetak, akan membuatkan rakyat lebih peka kepada isu keselamatan jalanraya. Penggunaan semua jenis medium yang ada adalah untuk mendapatkan High Performance Goals ( Matlamat Pencapaian Yang Tinggi ) sebagai matlamat utama. Maka saluran media cetak dan massa dilihat mampu membantu kearah tersebut.

5.1.3    Kempen Kesedaran Di Laluan Laluan Tol Utama

Antara elemen yang diterapkan melalui strategi komunikasi ialah aspek fokus dalam apa yang cuba disampaikan. Sehubungan itu, kerap dilihat dalam usaha  untuk menjayakan kempen keselamat jalanraya ini, kerajaan sering membuat program – program pelepasan dan menyampaikan artikel – artikel keselamatan dan bahana kecelakaan jalanraya kepada pengguna di laluan – laluan utama tol lebih – lebih lagi pada musim musim perayaan.

Dengan itu, fokus kempen akan terus sampai kepada khalayak sasaran yang diinginkan. Maka disitu juga akan berlaku proses komunikasi interaktif antara agen kempen kepada pengguna jalanraya. Di mana agen kempen akan mengingatkan para pengguna agar sentiasa berhati hati dalam proses pemanduan agar selamat tiba di tempat yang hendak dituju.

Ini akan membuatkan pengguna lebih dekat kepada kesan kempen, dan ingatan yang dilakukan secara terus kepada mereka pada hari yang berkenaan adalah jauh lebih efektif jika dibandingkan dengan ingatan – ingatan melalui akhbar dan massa.


5.1.4    Pemasangan Papan Tanda

Gilchrist (1994) mengatakan a message is any symbol or collection of symbols which has meaning or utility. Ini menunjukkan bahawa simbol atau apa jua tanda yang boleh berdiri dengan sendirinya akan bertindak sebagai mesej kepada pengguna. Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan terutamanya, kerap menggunakan papan tanda dan juga ‘billboard’ sebagai wadah peringatan kepada pengguna akan pemberitahuan kawasan – kawasan yang kerap berlaku kemalangan, statistic kemalangan di kawasan – kawasan tertentu, keadaan jalan raya, selekoh dan sebagainya lagi seperti mana yang kerap kita lihat di jalan raya.

Ini kerana menurut Gilchrist, tanda tanda berkenaan merupaya member mesej kepada pengguna dan ia secara tidak langsung member peringatan dan amaran tentang keadaan di sesuatu tempat agar pemandu jauh lebih berhati – hati dan berwaspada dalam pemanduan untuk mengelakkan kemalangan. Ini merupakan satu lagi aspek strategi komunikasi yang berkesan yang telah diguna pakai dalam usaha  menjayakan kempen keselamatan jalan raya ini.

5.1.5    Pemasangan Kamera Sistem Penguatkuasaan Autotmatik 

            Pemasangan Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik ( AES ) yang dijalankan secara 4 fasa terutama bagi laluan di Lebuhraya Utara Selatan serta kwasan – kawasan strategik di sekitar Kuala Lumpur dilihat mampu mengurangkan kadar kemalangan di kawasan – kawasan yang berkenaan.
           
            Sistem ini dilihat terbukti berkesan dalam mendidiplinkan pengguna jalan raya di Malaysia. Untuk makluman, site mini telah lama dipraktikkan penggunaannya di negara – negara seper Amerika Syarikat, Australia, Eropah, China dan Korea Selatan dalam usaha mereka mendidik pemandu dan pengguna jalan raya.  Konsep yang teruji berkesan di negara – negara tersebut, maka teknologi berkenaan diserapkan oleh kerajaan Malaysia untuk diguna pakai di sini. Sebagaimana yang telah diperkatakan tadi, sebarang simbol, mercu, arca atau apa sahaja yang berupaya menyampaikan mesej ada bahaya atau tindakan akan dilakukan jika pengguna menyalahi peraturan jalan raya, ia secara sendirinya berupaya mengingatkan pengguna agar lebih berhati – hati dan berhemah dalam pemanduan.

5.2       KELEMAHAN
            Walaupun terdapat kekuatan dalam senarai kempen, namun dilihat ia masih belum mencapai sasaran yang diinginkan. Kadar kemalangan masih lagi tinggi lebih – lebih lagi bila menjelang musim – musin perayaan. Ini terjadi kerana beberapa aspek penting di dalam strategi komunikasi tidak dititik beratkan oleh pihak yang berkenaan.

            Kesilapan dalam penggunaan dan pendekatan komunikasi yang dilakukan, maka berlakulah ‘communication breakdown’ hingga matlamat sasaran yang mahu dicapai tidak sampai kepada golongan khalayak. Antara kesan atau kegagalan menggunakan medium komunikasi yang betul adalah seperti berikut.

 5.2.1   Gangguan Psikologi - Pengiktirafan Kepada Golongan Mat Rempit

Melalui PUTRA UMNO – maka mat rempit menganggap mereka satu komuti yang diiktiraf oleh kerajaan dan mulalah besar kepala. Ini merupakan satu bentuk gangguan dan halangan dalam komunikasi. Disatu sudut kita melihat budaya dan gejala mat rempit ini banyak menyumbang kepada kadar kemalangan yang tinggi ekoran sikap mereka yang digambarkan sering memandu dengan keadaan yang merbahaya dan mengundang kecelakaan nyawa. Namun disatu sudut lagi, pengiktirafan daripada golongan PUTRA UMNO ini cuba memperlihatkan sisi baik golongan mat rempit. Ini membuatkan berlakunya percanggahan identiti dan kefahaman kepada golongan tersebut.

Salah satu elemen yang mengagalkan komunikasi bila wujudnya situasi gagal menanggani situasi sikap yang tidak beretika ( Confront Unethical Behavior ). Situasi ini berlaku dalam kes PUTRA UMNO ini. Pengiktirafan yang mereka berikan kepada golongan ini, menyebabkan para mat rempit merasakan mereka berada dalam situasi pihak yang benar. Maka gejala yang cuba dibendung ini akan mengalami kesukaran untuk mencapai objektif sasaran.

5.2.2    Sistem Speed Trap

Kaedah kerajaan yang masih lagi menyorok – nyorok dan bersemnbunyi dalam membuat jangkaan perangkap laju dilihat satu usaha yang mengagalkan kempen keselamatan jalan raya. Pada suatu waktu, kerajaan telah berjanji untuk tidak lagi menggunakan kaedah bersembunyi ini. Namun itu dilihat tidak berlaku dewasa ini. Perlu diingat bahwa minda manusia takut kepada sesuatu yang dilihat. Dalam situasi ini kerajaan dilihat sebagai tidak jujur dalam usaha cuba untuk optimumkan kadar peningkatan peratusan saman dengan kaedah saman laju dan saman ekor. 
Sedangkan melalui startegi komunikasi perlu ada unsur Openess and Candor ( Keterbukaan dan Kejujuran ). Frasa ini jelas memperlihatkan betapa untuk mencapai sasaran objektif kempen, usaha yang dilakukan perlu lebih terbuka dan jujur. Sudah menjadi resmi manusia, mereka hanya takut apabila bahaya atau kesan itu terlihat di depan mata. Mereka akan mula mematuhi had kelajuan jalan raya sekiranya terpampang didepan mereka perakam – perakam pandu laju. Ini akan mendidik mereka untuk lebih bersopan santun dan berjaga – jaga. Selain itu, ia turut membantu pemandu lain daripada terlibat sama kepada insiden kegelojohan para pemandu yang tidak bertamadun.

5.2.3    Kempen Pada Musim Perayaan

Acap kali program program seperti Ops Sikap dan Ops Laju ini dijalankan diwaktu musim perayaan. Kita tahu ia merupakan waktu puncak jumlah kenderaan berada paling tinggi di jalan raya. Namun ia perlu diteruskan walaupun pada hari hari biasa. Inadequate Information ( informasi yang tidak lengkap ). Pendedahan, peringatan adalah perlu secara berterusan. Maklumat dan peringatan sentiasa perlu disalurkan kepada masyarakat pengguna. Ini kerana penggunaan jalanraya dilihat sebagai rutin yang berlaku setiap hari cuma puncaknya adalah pada musim – musim perayaan.

Memang melalui strategi komunikasi, masa yang bertepatan perlu difokuskan dan dititk beratkan agar sasaran dapat dicapai, tetapi bagi kes Kempen Keselamatan Jalanraya ia perlu sepanjang masa sehingga sasaran untuk mengurangkan kadar kemalangan dan mendidik jatidiri para pengguna dapat diterapkan sepenuhnya.

Penekanan yang diberi hanya pada musim – musim perayaan hanya akan menimbulkan persepsi bahawa diluar musim perayaan kemalangan tidak akan berlaku. Jadi persepsi inilah yang menyebabkan ianya menyalahi strategi yang berkesan. Ia seharusnya sentiasa berpanjangan dan diperingatkan sepanjang masa kepada pengguna. Pengulangan dan keberlangsungan yang berterusan boleh memupuk sikap Cultivate Empathic Listening ( Amalkan Sikap Mendengar dengan Perasaan ) di dalam diri pengguna / khalayak sasaran.

5.3.4    Informasi Yang Berlebihan
           
Reasons For Communication Failure is Information Overload ( Informasi Yang Berlebihan ). Pernyataan itu jelas menunjukkan bahawa informasi yang berlebihan juga boleh menyebabkan kegagalan sesebuah kempen atau berlakunya kesilapan pemahaman.

Sebagaimana yang kita lihat, menjelang musim – musim perayaan, terlalu banyak peringatan dan agensi yang menjalankan kempen –kempen keselamatan jalan raya. Kekerapan sebegini adakalanya akan menimbulkan Susana  jemu pada khalayak sasaran. Ia juga akan menerbitkan persepsi ‘rutin’ menjelang musim perayaan. Khalayak akan menganggap bahawa bila tiba musim perayaan, kempen sebegini akan timbul sebagaimana jualan – jualan ‘mega sale’ yang hanya akan member impak yang sedikit kepada pengguna sedangkan hasrat kerajaan adalah untuk meminimumkan jumlah kemalangan.

Justeru itu, seperti yang telah diperkatakan sebelum ini, kempen sebegini perlu berterusan pada kadar yang terkawal dan bukan menunggu untuk dilambakkan hanya pada musim – musim perayaan sahaja. Dengan prinsip dan amalan yangberterusan, ia lebih mendidik dan berkesan kepada khalayak sasaran.
             

6.0       KESIMPULAN
           
            Kesimpulannya, dalam usaha  kerajaan mencapai hasrat kemalangan sifar dan capaian objektif Kempen Kemalangan Jalan Raya, pendekatan yang betul melalui Strategi Komunikasi yang berkesan perlu dilaksanakan. Ini untuk memastikan impak dan kesan yang menyelurh serta tercapai.

            Kadar kemalangan yang tinggi dilihat sentiasa menghantui kita lebih – lebih lagi dimusim – musim perayaan. Ekoran itu satu tindakan bersepadu yang lebih jitu dan efisien perlu dilaksanakan. Untuk mencapai sasaran tersebut, kesemua elemen strategi komunikasi yang berkenaan perlu diguna pakai dan dipraktikkan agar kelemahan – kelemahan yang dinyatakan sebelum ini dapat diperbaiki.

No comments:

Post a Comment