Monday 25 February 2013

Kajian Kes - Sumber Pengumpulan Berita



PENEMUAN KAJIAN – SUMBER PENGUMPULAN BERITA

            Sumber Pengumpulan Berita terbahagi kepada beberapa jenis dari mana sumber berita itu diperolehi dan kaedah yang digunakan untuk memperolehi maklumat berita. Maka kajian ini memperlihatkan keberkesanan penggunaan medium tersebut serta rangkuman keseluruhan akan penerbitan dan keperluan sesebuah berita dalam kehidupan khalayak hari ini.

            5.1       Sidang Akhbar
Sesi sidang akhbar masih lagi merupakan kaedah atau sumber pengumpulan berita yang popular dikalangan pengamal media cetak hari ini. Walaupun terdapat banyak kaedah dan sumber bahan berita, namun sesi sidang akhbar masih merupakan sesi yang mendapat sambutan hangat daripada para wartawan. Ini kerana melalui sesi ini akan berlakunya komunikasi dua hala diantara para wartawan dan sumber berita berkenaan. Melalui sesi ini juga, para pengamal media dapat memetik secara terus tentang pertanyaan dan jawapan yang diperlukan daripada sumber maklumat.

Sesi sidang akhbar ini merupakan sesi yang kerap melibatkan nama nama besar dalam dunia global atau masyarakat setempat. Sebagai contoh, akhbar Sinar Harian mempunyai pojok atau kolum khas mengenai kisah masyarakat setempat mengikut daerah. Kebiasaannya ruangan ini akan dimuatkan dengan berita berita para pemimpin tempatan teruta ADUN – ADUN kawasan yang turun padang bagi melihat permasalahan setempat. Dimana pada setiapa kali sesi lawatan tersebut berakhir, maka sidang akhbar akan dilakukan oleh penganjur untuk pengamal media menemubual serta bersoal jawap secara langsung dengan subjek utama program berkenaan. Maka kedua dua belah pihak mendapat manfaat melalui sesi ini di mana para pengamal media memperolehi nilai berita yang mereka perlukan dan para VIP berkenaan memperolehi nilai popularity dan promosi yang mereka harapkan.

Melalui sesi kajian ini, didapati 80% iaitu seramai 8 orang responden bersetuju danmasih mengatakan bahawa sesi sidang akhbar masih merupakan kaedah terbaik untuk pengumpulan sumber maklumat kerana makulumat yang diperolehi lebih bersifat terbuka, langsung kepada subjek dan serta merta. Manakala cuma 20% atau 2 orang responden tidak bersetuju dengan alasan sesi mengadakan sidang media dilihat lebih kepada usaha member promosi kepada selebriti utama terutama  kepada para YB atau calon untuk menonjolkan diri dan kebiasaannya maklumat yang mereka sampaikan lebih bersifat kepada mempromosikan diri masing masing.

            5.2       Faksimili / Bahan Bercetak
Sumber selanjutnya yang digunapakai oleh agensi pemberitaan Sinar Harian ialah pengumpulan sumber berita melalui kaedah penerimaan faksimili atau bahan bercetak. Untuk daerah Sungai Siput, masih terdapat kawasan – kawasan pendalaman yang jauh dan sukar untuk diakses dalam kadar yang segera. Justeru itu, usaha mendapatkan maklumat – maklumat yang berbentuk segera dan tepat perlulah dipelbagaikan.

Maka antara kaedah pengumpulan berita yang mereka gunapakai ialah hantaran bahan berita melalui faksimili dan bahan bercetak. Ini untuk memudahkan pengurusan dan menjimatkan masa. Melalui kaedah ini, wartawan perlu peka untuk mengenal pasti dan menyaring bahan berita tersebut sebelum diterbitkan. Antara proses – proses yang perlu diberi perhatian ialah :
·         membaca keseluruhan teks yang diperolehi,
·         memahami maksud tersirat teks tersebut,
·         mengekstrak fungsi 5W dan 1H daripada bahan berita berkenaan,
·         mengenal pasti nilai berita,
·         menentukan pendulu berita,
·         menulis berita mengikut gaya penulisan tertentu, dan
·         menyemak semua proses khususnya pada aspek kesinambungan.

Kesesuaian penggunaan faksimili dilihat tidak lagi releven dalam dunia kewartawan pada hari ini kerana faktor – faktor penyelenggaraan yang tinggi dan peralatan dunia siber yang semakin hari semakin canggih. Melalui kajian ini, responden diajukan persoalan untuk melihat keperluan mengumpul maklumat sumber berita melalui faksimili dan penggunaan emel, di mana 100% responden memilih penggunaan emel dalam arus dunia global baru kini. Ini dilihat kerana penggunaan emel lebih mudah, murah dan pantas berbanding penggunaan faksimili.