![]() |
| Himpunan Ribuan Yang Hadir Bersama Para Pemimpin |
Bila Pilihanraya Umum ( PRU ) ke 13,
masih lagi menjadi tanda tanya dan dalam pertimbangan YAB Perdana Menteri. Sesi
penggal pada kali inimasih lagi panjang dan hanya akan berakhir pada April
2013. Namun angin – angin mengatakan bahawa PRU akan dibuat dalam tahun ini
semakin kuat kedengaran. Ditambah dengan pelbagai peruntukkan dan perbelanjaan
yang dikeluarkan seperi Bantuan Rakyat 1Malaysia, Baucer Buku 1Malaysia dan
sebagainya, dilihat sebagai titik tolak untuk memancing minat para pengundi
kepada kelangsungan kuasa kerajaan sedia ada.
Sehubungan
dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri dengan kerjasama Puteri UMNO Negeri
Perak telah melancarkan jentera pergerakkan masing – masing secara serentak
pada 14 April 2012 di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh. Kehadiran
ribuan golongan orang muda hampir melebihi 10, 000 orang menunjukkan betapa
sokongan yang tidak berbelah bagi golongan muda kepada kerajaan Barisan
Nasional boleh dijadikan sebagai indikator ukuran menyukat kekuatan dan
sokongan saluran 3 dan 4 menjelang PRU nanti.
Upacara
pelancaran yang disempurnakan oleh Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussien Onn
selaku Naib Presiden UMNO Pusat turut dihadiri oleh YB Khairy Jamaluddin, Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO Kebangsaan dan Dato’ Rosnah Shirlien selaku Ketua
Pergerakan Puteri UMNO Kebangsaan.
Dalam
ucaptama Naib Presiden, beliau menyatakan keterujaan parti terhadap pimpinan Dato’
Seri Zambry Abdul Kadir selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Khairul Azwan, Ketua
Pemuda UMNO Negeri yang sentiasa peka dan berusaha keras dalam memastikan
sokongan golongan muda tidak berbelah bagi kepada Barisan Nasional dalam usaha
memastikan kemantapan jentera dan mempertahankan Perak daripada jatuh ke tangan
pihak pembangkang di dalam PRU yang akan datang. Sorakan para hadirin kuat
kedengaran setiap kali Naib Presiden melaungkan kata – kata untuk membangkitkan
semangat para pewakilan yang hadir.
| Mohd. Amin Othman |
Melihat
kepada sambutan baik yang diterima, yang mana ia menghimpunkan semua perwakilan
Pemuda dan Puteri UMNO disetiap Bahagian di dalam negeri Perak, dapatlah
disimpulkan bahawa jentera persiapan Pemuda dan Puteri Negeri Perak berada
dalam keadaan yang cukup ampuh untuk menghadapi PRU akan datang. Kesan pemerintahan
Pakatan rakyat selama 11 bulan tempoh hari merupakan intipati yang sering di
uar – uarkan untuk meraih sokongan rakyat. UMNO Perak dilihat lebih menekankan
kepada pendekatan golongan muda, kerana ia dipercayai sebagai undi penentu
dalam memastikan kemenangan para calon pilihan Barisan Nasional. Ini kerana
melalui post – mortem yang dijalankan
didapati salah satu sebab berlakunya tsunami politik dalam landskap politik
negara pada PRU ke 12 adalah kegagalan kerajaan mendekati dan merasa denyut
nadi golongan muda.
Secara
mudahnya, dengan pelancaran ini dilihat UMNO Pusat mengiktiraf peranan yang
akan dimainkan oleh golongan muda dalam menentukan corak pimpinan negara serta
kemenangan para calon yang terpilih menjelang PRU yang akan di adakan bila –
bila masa dari sekarang.

No comments:
Post a Comment