PENEMUAN KAJIAN – SUMBER PENGUMPULAN BERITA
Sumber Pengumpulan Berita terbahagi kepada beberapa
jenis dari mana sumber berita itu diperolehi dan kaedah yang digunakan untuk
memperolehi maklumat berita. Maka kajian ini memperlihatkan keberkesanan
penggunaan medium tersebut serta rangkuman keseluruhan akan penerbitan dan
keperluan sesebuah berita dalam kehidupan khalayak hari ini.
5.1 Sidang Akhbar
Sesi sidang akhbar masih
lagi merupakan kaedah atau sumber pengumpulan berita yang popular dikalangan
pengamal media cetak hari ini. Walaupun terdapat banyak kaedah dan sumber bahan
berita, namun sesi sidang akhbar masih merupakan sesi yang mendapat sambutan
hangat daripada para wartawan. Ini kerana melalui sesi ini akan berlakunya
komunikasi dua hala diantara para wartawan dan sumber berita berkenaan. Melalui
sesi ini juga, para pengamal media dapat memetik secara terus tentang
pertanyaan dan jawapan yang diperlukan daripada sumber maklumat.
Sesi sidang akhbar ini
merupakan sesi yang kerap melibatkan nama nama besar dalam dunia global atau
masyarakat setempat. Sebagai contoh, akhbar Sinar Harian mempunyai pojok atau
kolum khas mengenai kisah masyarakat setempat mengikut daerah. Kebiasaannya
ruangan ini akan dimuatkan dengan berita berita para pemimpin tempatan teruta
ADUN – ADUN kawasan yang turun padang bagi melihat permasalahan setempat.
Dimana pada setiapa kali sesi lawatan tersebut berakhir, maka sidang akhbar
akan dilakukan oleh penganjur untuk pengamal media menemubual serta bersoal
jawap secara langsung dengan subjek utama program berkenaan. Maka kedua dua
belah pihak mendapat manfaat melalui sesi ini di mana para pengamal media
memperolehi nilai berita yang mereka perlukan dan para VIP berkenaan memperolehi
nilai popularity dan promosi yang mereka harapkan.
Melalui sesi kajian ini,
didapati 80% iaitu seramai 8 orang responden bersetuju danmasih mengatakan
bahawa sesi sidang akhbar masih merupakan kaedah terbaik untuk pengumpulan
sumber maklumat kerana makulumat yang diperolehi lebih bersifat terbuka,
langsung kepada subjek dan serta merta. Manakala cuma 20% atau 2 orang
responden tidak bersetuju dengan alasan sesi mengadakan sidang media dilihat
lebih kepada usaha member promosi kepada selebriti utama terutama kepada para YB atau calon untuk menonjolkan
diri dan kebiasaannya maklumat yang mereka sampaikan lebih bersifat kepada
mempromosikan diri masing masing.
5.2 Faksimili / Bahan Bercetak
Sumber selanjutnya yang
digunapakai oleh agensi pemberitaan Sinar Harian ialah pengumpulan sumber
berita melalui kaedah penerimaan faksimili atau bahan bercetak. Untuk daerah
Sungai Siput, masih terdapat kawasan – kawasan pendalaman yang jauh dan sukar
untuk diakses dalam kadar yang segera. Justeru itu, usaha mendapatkan maklumat
– maklumat yang berbentuk segera dan tepat perlulah dipelbagaikan.
Maka antara kaedah
pengumpulan berita yang mereka gunapakai ialah hantaran bahan berita melalui
faksimili dan bahan bercetak. Ini untuk memudahkan pengurusan dan menjimatkan
masa. Melalui kaedah ini, wartawan perlu peka untuk mengenal pasti dan
menyaring bahan berita tersebut sebelum diterbitkan. Antara proses – proses
yang perlu diberi perhatian ialah :
·
membaca
keseluruhan teks yang diperolehi,
·
memahami maksud
tersirat teks tersebut,
·
mengekstrak
fungsi 5W dan 1H daripada bahan berita berkenaan,
·
mengenal pasti
nilai berita,
·
menentukan
pendulu berita,
·
menulis berita
mengikut gaya penulisan tertentu, dan
·
menyemak semua
proses khususnya pada aspek kesinambungan.
Kesesuaian penggunaan
faksimili dilihat tidak lagi releven dalam dunia kewartawan pada hari ini
kerana faktor – faktor penyelenggaraan yang tinggi dan peralatan dunia siber
yang semakin hari semakin canggih. Melalui kajian ini, responden diajukan
persoalan untuk melihat keperluan mengumpul maklumat sumber berita melalui
faksimili dan penggunaan emel, di mana 100% responden memilih penggunaan emel
dalam arus dunia global baru kini. Ini dilihat kerana penggunaan emel lebih
mudah, murah dan pantas berbanding penggunaan faksimili.